Salam and hai semua.
Setelah berfikir-fikir untuk mencari tema majlis pertunangan saya, saya terlihat blog
Puan Ann pada majlis weeding receptionnya di Kuala Lumpur. Asalnya saya hanya taip di google perkataan dewan di Johor Bahru. Kebetulan Puan Ann mengadakan majlis perkahwinannya di Johor Bahru. Satu bonus untuk saya membuat sumber rujukan untuk mencari dewan. Saya prefer untuk mengadakan majlis saya di tempat saya membesar.
Berbalik pada tema pertunangan saya, kegilaan vintage saya makin menjadi-jadi apabila melihat pelamin Puan Ann. Sangat cantik, orangnya pun cantik. Semua cantik-cantik belaka. Saya mula terbayang-bayang kedai Romantika yang saya selalu kunjungi di Plaza Angsana Johor Bahru.
Kedai Romantika
Kedai Romantika banyak barang-barang hiasan ala-ala vintage. Saya berkeinginan untuk membuat sendiri pelamin mini saya. Mungkin bergantung pada keluasan rumah saya yang sederhana kecil. Tidak memerlukan banyak perhiasan. Simple itu penting bagi saya.
Contoh gambar tema vintage. Sumber : google images.
Setelah ditambah ditolak dibahagi dan didarab, saya memilih
tema warna peach untuk majlis pertunangan saya.
Warna tema pertunangan : Peach colour
Warna tema sudah saya berkenan :) Tinggal dapat approve daripada dear sahaja.