Sunday 11 December 2011

Alas duduk dan penyangkut langsir mini pelamin.

Salam readers. A'a ada pergi Ikea hari tu. Lepas tu A'a ternampak satu karpet kecil warna hijau. A'a tertarik sebab karpet ni nampak seakan-akan macam rumput. Saiz karpet kecil je sebab A'a tak ada bajet yang cukup untuk beli karpet yang ukuran besar. Kebetulan karpet ni digunakan untuk alas duduk sementara A'a beli kekabu untuk bantal duduk nanti.




Kemudian A'a ternampak penyangkut langsir. Terus A'a beli 2 untuk pasang dekat mini pelamin.


Harga rod curtain ni RM 8.90.


Tuesday 6 December 2011

Hantaran tunang.



Kotak di KK Home Deco Mart Jln Tar. Harga dalam bawah RM30.






Kotak dekat atas ni A'a jumpa dekat KK Home Deco Mart depan Maju Junction tapi A'a tak beli lagi. Memang dah lama nak cari kotak ni sebab A'a ada berkenan dekat hantaran di bawah ni dari Majalah Pengantin. Cantik, simple yang penting ada tema ala-ala vintage. Tu yang A'a suka. tapi warna biru dan coklat tak ada. A'a rasa macam nak tukar tema kaler hantaran. Warna biru tu A'a jadikan warna tema untuk baju adik beradik A'a.








Sekarang A'a tengah fikir apa yang nak kasi dekat dia. Untuk dulang hantaran A'a tak perlu risau sebab nenek A'a ada dulang hantaran temabaga yang dulu. Memang classic habis.



A'a plan hantaran untuk dia :
1. Sireh junjung. (diy)
2. Kek. (my sister)
3. Coklat. (buy at Midvalley)
4. Manisan. (KIV)
5. Baju Kameja. (sales)
6. Toiletries. (put in box, Body Shop)
7. Buah-buahan. (put in white basket)

A'a suka tengok Mak Nani  buat hantaran untuk anak dia. Cantik kan?





Hantaran ni semua buat by herself. Boleh jadi sumber inspirasi :)


Tuesday 6 September 2011

Decoration for mini pelamin.

Salam readers. Untuk mini pelamin tunang, A'a buat sendiri. Untuk jimat kos, lagi pun A'a sukakan sesuatu yang simple tapi menarik. Tak perlu berhabisan beratus-ratus untuk buat pelamin sendiri.

Memandangkan rumah A'a ada hall yang tidak seberapa luas, A'a pilih decoration yang kecil-kecil sahaja. Memandai untuk penuhkan sesuatu yang bermakna di dinding seperti ini. Jam ni A'a beli di Kedai Romantika dengan harga RM12. Harga sebenar ialah hampir RM30. Kebetulan ada diskaun sempena Hari Raya.







Frame yang tergantung ni A'a beli di Ikea dengan harga RM29.00.



Sekarang ni A'a tengah pilih warna tirai yang sesuai untuk menutup tingkap di tepi dinding hall rumah A'a.

Monday 5 September 2011

Inspirasi Sireh Junjung.

Salam. Hai readers. Kali ni A' a nak tunjuk gambar yang diambil dari Majalah Pengantin. Bagi A' a idea sireh junjung bertingkat ni nampak simple dan menarik. Lagi pun tak susah nak susun sireh dan bunga tu.






Pada mulanya A'a ingat nak beli serving stand macam ni dekat Ikea. Harga RM59.00. Bila A'a angkat serving stand ni memang berat. A'a tangguhkan dulu sebab nak survey dekat tempat lain.



Bila A'a jalan-jalan dekat Kedai Romantika. A'a terjumpa serving stand yang design ni. Ringan pun ringan. A'a beli dengan harga RM39.90. Berpatutan kan. Kalau A'a tak guna, mak boleh pinjam sekejap untuk hidangkan makanan macam cupcake dekat tetamu. Kalau guna hantaran untuk kek pun boleh.

Pendek kata, pelbagai guna la serving stand ni. Berbaloi juga la kalau beli.



Close Up

Wednesday 20 July 2011

Dekorasi bilik tidur.

Salam dan hai semua.

Hari ini A'a nak tunjukkan idea-idea dekorasi bilik tidur pengantin. Bagi bakal pengantin yang lebih berminat untuk dekorasi bilik tidur sendiri, A'a tunjukkan gambar yang telah di google. Ini mengikut citarasa A'a.







Monday 18 July 2011

Members Day SOGO sale.

Salam dan hai semua.

Hari ni A'a nak bagi tau pada sapa-sapa yang nak cari cadar untuk bilik pengantin bolehlah cari di Sogo. Kebetulan sogo akan adakan Members Day pada 29-30 July 2011.




Bestnya Sogo sales ni bila kita beli barang storewide atau perfume/cosmetics kita boleh redeeem voucher. Tak kisah la kalau dapat RM 10 atau RM 20 tapi kira rezeki juga la kan.


A'a ingat nak cari cadar untuk pastel cadar nanti. Mungkin warna putih tetapi A'a belum pasti putih dengan warna apa lagi. Asalnya A'a mahukan warna merah putih atau merah hitam tetapi warna sedemikian boleh membuatkan mood yang agak panas. Ditambah pula keadaan bilik A'a yang menghadap matahari.
A'a belum fikirkan lagi warna yang sesuai dan akan difikirkan selepas mencuci mata di SOGO.

Kegilaan saya pada vintage.

Salam and hai semua.

Setelah berfikir-fikir untuk mencari tema majlis pertunangan saya, saya terlihat blog Puan Ann pada majlis weeding receptionnya di Kuala Lumpur. Asalnya saya hanya taip di google perkataan dewan di Johor Bahru. Kebetulan Puan Ann mengadakan majlis perkahwinannya di Johor Bahru. Satu bonus untuk saya membuat sumber rujukan untuk mencari dewan. Saya prefer untuk mengadakan majlis saya di tempat saya membesar.

Berbalik pada tema pertunangan saya, kegilaan vintage saya makin menjadi-jadi apabila melihat pelamin Puan Ann. Sangat cantik, orangnya pun cantik. Semua cantik-cantik belaka. Saya mula terbayang-bayang kedai Romantika yang saya selalu kunjungi di Plaza Angsana Johor Bahru.



Kedai Romantika


Kedai Romantika banyak barang-barang hiasan ala-ala vintage. Saya berkeinginan untuk membuat sendiri pelamin mini saya. Mungkin bergantung pada keluasan rumah saya yang sederhana kecil. Tidak memerlukan banyak perhiasan. Simple itu penting bagi saya.

Contoh gambar tema vintage. Sumber : google images.






Setelah ditambah ditolak dibahagi dan didarab, saya memilih tema warna peach untuk majlis pertunangan saya.



Warna tema pertunangan : Peach colour

Warna tema sudah saya berkenan :) Tinggal dapat approve daripada dear sahaja.