Wednesday 20 July 2011

Dekorasi bilik tidur.

Salam dan hai semua.

Hari ini A'a nak tunjukkan idea-idea dekorasi bilik tidur pengantin. Bagi bakal pengantin yang lebih berminat untuk dekorasi bilik tidur sendiri, A'a tunjukkan gambar yang telah di google. Ini mengikut citarasa A'a.







Monday 18 July 2011

Members Day SOGO sale.

Salam dan hai semua.

Hari ni A'a nak bagi tau pada sapa-sapa yang nak cari cadar untuk bilik pengantin bolehlah cari di Sogo. Kebetulan sogo akan adakan Members Day pada 29-30 July 2011.




Bestnya Sogo sales ni bila kita beli barang storewide atau perfume/cosmetics kita boleh redeeem voucher. Tak kisah la kalau dapat RM 10 atau RM 20 tapi kira rezeki juga la kan.


A'a ingat nak cari cadar untuk pastel cadar nanti. Mungkin warna putih tetapi A'a belum pasti putih dengan warna apa lagi. Asalnya A'a mahukan warna merah putih atau merah hitam tetapi warna sedemikian boleh membuatkan mood yang agak panas. Ditambah pula keadaan bilik A'a yang menghadap matahari.
A'a belum fikirkan lagi warna yang sesuai dan akan difikirkan selepas mencuci mata di SOGO.

Kegilaan saya pada vintage.

Salam and hai semua.

Setelah berfikir-fikir untuk mencari tema majlis pertunangan saya, saya terlihat blog Puan Ann pada majlis weeding receptionnya di Kuala Lumpur. Asalnya saya hanya taip di google perkataan dewan di Johor Bahru. Kebetulan Puan Ann mengadakan majlis perkahwinannya di Johor Bahru. Satu bonus untuk saya membuat sumber rujukan untuk mencari dewan. Saya prefer untuk mengadakan majlis saya di tempat saya membesar.

Berbalik pada tema pertunangan saya, kegilaan vintage saya makin menjadi-jadi apabila melihat pelamin Puan Ann. Sangat cantik, orangnya pun cantik. Semua cantik-cantik belaka. Saya mula terbayang-bayang kedai Romantika yang saya selalu kunjungi di Plaza Angsana Johor Bahru.



Kedai Romantika


Kedai Romantika banyak barang-barang hiasan ala-ala vintage. Saya berkeinginan untuk membuat sendiri pelamin mini saya. Mungkin bergantung pada keluasan rumah saya yang sederhana kecil. Tidak memerlukan banyak perhiasan. Simple itu penting bagi saya.

Contoh gambar tema vintage. Sumber : google images.






Setelah ditambah ditolak dibahagi dan didarab, saya memilih tema warna peach untuk majlis pertunangan saya.



Warna tema pertunangan : Peach colour

Warna tema sudah saya berkenan :) Tinggal dapat approve daripada dear sahaja.